Dalam kancah perjuangan yang berduri, tersembunyi keharuman bunga cengkih harapan. Melalui karya penuh keinsafan ini, Yahya Sinwar seorang pejuang yang menempuh derita panjang Zionis mengungkapkan perjalanan batinnya.
Antara Duri dan Bunga Cengkih membawakan kisah keberanian, kesabaran dan tekad seorang mujahid yang hidup antara kepedihan dan impian.
As Syahid Yahya Sinwar
Seorang tokoh pejuang Palestin, lahir di Khan Younis, Gaza menghabiskan puluhan tahun dalam penjara rejim Zionis. Beliau dikenali kerana keutuhan iman, ketajaman fikrah dan keteguhan dalam membina kekuatan rakyat Palestin. Kisah hidup beliau menjadi sumber ilham bagi pejuan-pejuan ummah seluruh dunia.