Apakah panduan terbaik ke arah meraih khusyuk di dalam solat? Adakah kita telah merasainya? Khusyuk dalam solat rasanya manis dan merupakan nikmat yang termahal anugerah Allah SWT kepada seorang hamba dalam hidup ini. Kemanisannya tidak mampu diceritakan, hanya mereka yang khusyuk sahaja mengetahui kelazatannya.
Daripada Syaddad Ibn Aus Ra bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perkara pertama yang diangkat daripada manusia ialah khusyuk." (Sahih Al-Jami')