Buku Hinpunan 40 Hadis Nilai Murni ini dihasilkan untuk menambah sumber rujukan dalam Bahasa Melayu kepada mereka yang ingin mendalami tentang penghayatan nilai-nilai murni yang dipelopori oleh Islam. Buku ini memperingatkan umat Islam untuk cuba menghayati sebaik yang boleh nilai-nilai murni seperti yang terdapat dalam buku-buku Hadis supaya keimanan kita kepada Allah SWT dapat diterjemahkan kepada amalan konkrit yang ikhlas dan tidak hanya cakap-cakap kosong yang tidak mengubah masalah kemerosotan moral dalam masyarakat kita hari ini.
Adalah diharapkan agar buku Himpunan 40 Hadis Nilai Murni ini dibaca, difahami dan dihayati untuk membolehkan kita berperanan sebagai individu muslim dan pemimpin yang mempunyai akhlak islami, dihormati, bermaruah, berdaya saing dan menjadi contoh teladan kepada umat manusia yang lain.