Buku Satu Hari Satu Hadis: Keluarga Dan Masyarakat ini memuatkan seratus hadis berkaitan dengan institusi keluarga yang utuh. Ianya berkait dengan barbakti kepada ibu bapa, hubungan suami isteri dan anak-anak serta hadis yang berhubung dengan kerabat terdekat. Dimuatkan juga hadis-hadis berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan rahmah. Antara lain yang dimuatkan ialah hadis berkaitan dengan jiran dan anggota masyarakat.
Daripada Malik, sesungguhnya Rasullah SAW telah bersabda:
"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dari Sunnah Nabi" (Muwatta' Malik No: 1661) Dar Ihya Ulum Arabiyyah.